KUALA LUMPUR: Kerajaan sekali lagi menzahirkan keyakinan dan komitmen bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Berkaitan Sumbangan Politik akan dapat direalisasikan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata RUU itu dijangka dibentangkan bagi bacaan pertama pada awal November, disusuli dengan bacaan kedua pada hujung bulan yang sama.
Jelas Ahli Parlimen Santubong itu, Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) telah menyediakan skop dan parameter dasar yang digariskan dalam RUU Sumbangan Politik.
Perkara itu, ujar Wan Junaidi, telah dipanjangkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diteliti sebelum RUU berkenaan dapat dimuktamadkan.
"Satu sesi libat urus bersama wakil ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang akan diadakan pada 28 September ini bagi mendapatkan pandangan berhubung perkara dasar bagi RUU Sumbangan Politik yang sedang digubal.
"Selain itu, RUU ini juga telah mengambil kira pandangan pihak-pihak berkepentingan melalui sesi libat urus yang telah diadakan bersama pihak pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) seperti Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) serta pakar akademik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Wan Junaidi berkata RUU Sumbangan Politik dijangka dapat dibentangkan pada sidang Parlimen, Oktober depan.
Beliau dalam masa yang sama berkata, beberapa sesi perbincangan dalaman juga telah dibuat bersama jabatan dan agensi kerajaan berkaitan bagi memperincikan dasar penggubalan RUU berkenaan.
Mengulas lanjut, Wan Junaidi menambah inisiatif untuk memperkenalkan undang-undang yang mengawal selia dana politik pernah diusahakan oleh kerajaan pada 2015 melalui penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP).
Begitu pun, katanya hasrat untuk memperkenalkan undang-undang tersebut tidak terlaksana.
Usaha tersebut sekali lagi dilakukan melalui cadangan kerangka perundangan bagi RUU Sumbangan Politik kerajaan pada November 2019 kepada Parlimen untuk dibentangkan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang.
Tetapi, Wan Junaidi berkata, hasrat berkenaan turut tidak kesampaian.
Hasimi Muhamad
Sat Sep 24 2022
Wan Junaidi berkata RUU itu dijangka dibentangkan bagi bacaan pertama awal November disusuli dengan bacaan kedua pada hujung November. -Gambar fail/Bernama
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
RUU Sumbangan Dana Politik dibentang Nov ini, libat urus 28 Sept
Bacaan Pertama RUU berkenaan dijangka dibuat pada awal November disusuli dengan Bacaan Kedua pada hujung bulan sama.